Perbandingan Aplikasi Tajwid di dalam Telefon Pintar: Satu Kajian Awal
Comparison of Tajwid Applications in Smartphones: A Preliminary Study
Keywords:
Application, Tajwid, Al-Quran, AplikasiAbstract
ABSTRACT
This study aims to compare tajwid applications available on smartphone platforms, focusing on aspects of effectiveness, ease of use, and educational content. This research uses a qualitative method through content analysis of applications selected based on popularity and user ratings on Google Play and the App Store. Preliminary research results show that there is significant variation in the features offered by tajwid applications, including reading guide functions, audio, and knowledge tests. The best-rated applications offer an interactive experience and structured teaching, but there are also weaknesses in terms of information accuracy and the variety of learning modules. This study is expected to be an initial reference for users in choosing the appropriate application, as well as providing guidance to application developers to improve the quality of content and user experience. In conclusion, today's tajwid al-Quran application has made it easier for every Muslim to read and make a reference when at home when traveling or wherever they are.
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan aplikasi tajwid yang tersedia di platform telefon pintar dengan memberi fokus kepada aspek keberkesanan, kemudahan penggunaan dan kandungan pendidikan. Penelitian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan aplikasi yang dipilih berdasarkan populariti dan penilaian pengguna di Google Play dan App Store. Hasil kajian awal menunjukkan bahawa terdapat variasi signifikan dalam ciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi tajwid, termasuk fungsi panduan bacaan, audio dan ujian pengetahuan. Aplikasi yang dinilai terbaik menawarkan pengalaman interaktif dan pengajaran yang berstruktur, namun terdapat juga kelemahan dalam aspek ketepatan maklumat dan kepelbagaian modul pembelajaran. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan awal bagi pengguna dalam memilih aplikasi yang sesuai serta memberi panduan kepada pembangun aplikasi untuk meningkatkan kualiti kandungan dan pengalaman pengguna. Kesimpulannya, aplikasi tajwid al-Quran hari ini telah memudahkan setiap muslim membaca serta menjadikan rujukan ketika di rumah, dalam pemusafiran mahupun dimana berada.