Pengaruh Influencer Tiktok Dalam Pengajaran Tajwid: Satu Kajian Naratif
The Influence of TikTok influencers in Teaching Tajwid: A Narrative Review
Keywords:
Influencer, al-Quran, TikTok, Narrative Review, Tajwid, Pempengaruh, Tinjauan NaratifAbstract
ABSTRACT
The rapid growth of TikTok as a social media platform has opened new dimensions in the dissemination of religious knowledge, including the teaching of Quranic tajwid. This article examines the role of Muslim influencers on TikTok as a channel for conveying tajwid knowledge, focusing on aspects of character presentation, audience interaction, creativity in content delivery, academic credibility, content consistency, the influence of TikTok's algorithm, and its implications for audience understanding and practice. This study employs a qualitative approach through a narrative review method, with data collected via observation and content analysis of TikTok videos from three selected accounts @aisyahbaain, @gifariputraw and @haniahsalwana chosen based on follower count, engagement rate and content consistency. The findings reveal that Muslim influencers on TikTok play a significant role in shaping public understanding of tajwid through creative, interactive and accessible content delivery. However, several critical challenges were identified, including the risk of disseminating inaccurate information, the constraints of the short-video format, and the platform's algorithm which tends to prioritise engaging content over academically substantive material. The study concludes that while TikTok holds considerable potential as an effective digital da'wah medium, it cannot replace the structured learning process of talaqqi and musyafahah. Integration between digital learning and guidance from qualified teachers is essential to ensure accurate and comprehensive mastery of tajwid knowledge.
Keywords: Influencer; al-Quran; TikTok; Narrative Review; Tajwid
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ABSTRAK
Perkembangan pesat platform media sosial TikTok telah membuka dimensi baharu dalam penyebaran ilmu agama, termasuk pengajaran ilmu tajwid al-Quran. Artikel ini bertujuan meneliti peranan pempengaruh Muslim (influencer) di platform TikTok sebagai saluran penyampaian ilmu tajwid, dengan memfokuskan kepada aspek penampilan karakter, interaksi dengan audien, kreativiti penyampaian, kredibiliti ilmu, konsistensi kandungan, pengaruh algoritma TikTok, serta implikasinya terhadap kefahaman dan amalan audien. Kajian ini menerapkan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan naratif, dengan pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian dan analisis kandungan video TikTok bagi tiga akaun terpilih iaitu @aisyahbaain, @gifariputraw dan @haniahsalwana, yang dipilih berdasarkan bilangan pengikut, kadar interaksi dan konsistensi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pempengaruh Muslim di TikTok memainkan peranan signifikan dalam membentuk kefahaman masyarakat terhadap ilmu tajwid melalui penyampaian yang kreatif, interaktif dan mudah diakses. Namun demikian, terdapat beberapa cabaran kritikal seperti risiko penyebaran maklumat yang tidak tepat, kekangan format video pendek, serta pengaruh algoritma platform yang cenderung mengutamakan kandungan bersifat engaging berbanding kandungan yang mendalam dari sudut keilmuan. Kajian ini menyimpulkan bahawa walaupun TikTok berpotensi sebagai medium dakwah digital yang berkesan, ia tidak mampu menggantikan pengajaran berstruktur secara talaqqi dan musyafahah. Integrasi antara pembelajaran digital dan bimbingan guru yang bertauliah adalah perlu bagi memastikan penguasaan ilmu tajwid yang tepat dan menyeluruh.
Kata Kunci: Pempengaruh; al-Quran; TikTok; Tinjauan Naratif; Tajwid