Manhaj Kemenangan Umat Islam dalam al-Quran: Kajian Tafsir Tematik terhadap Ayat-Ayat Terpilih

Principles of Muslim Victory in the Quran: A Thematic Interpretation Study of Selected Verses

Authors

  • Saufi Haji Abdullah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Amrina Rasyada Kamaruzaman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Wan Nurul Nadiah Wan Zulkifli Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) Author
  • Nur Arina Aisyah Mohd Zeini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Munirah Nabihah Salleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Mohammad Arash Amran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author

Keywords:

al-Quran, victory, manhaj, jihad, tawakal, kemenangan

Abstract

This study aims to analyze the Quranic methodology in charting the path to victory for Muslims. The research was conducted using thematic interpretation (mawdhu'i) and content analysis of Quranic verses related to the theme of victory. This study identified eight main principles that form the path to victory according to the Quranic perspective. The approach used was qualitative and literature by using thematic interpretation methods to analyze Quranic verses related to the concept of victory. The study findings show that victory according to the Quran is not just a material or military phenomenon, but rather the result of a comprehensive system that includes sincere faith, sacrifice of life and property, jihad as a manifestation of faith, preparation of physical and spiritual strength, clarity of purpose of struggle, unity and discipline of the ranks, belief in the promises of Allah Subhanahu wa Taala:  and full trust in Him. This study concludes that the appreciation of these principles in a comprehensive manner is a major prerequisite for Muslims to achieve true victory in various dimensions of life. The results of this study also provide practical implications as a guide in formulating a comprehensive ummah empowerment strategy.

Keywords: al-Quran; victory; manhaj; jihad; tawakal  

--------------------------------------------------------------------------------------------------

ABSTRAK 
Kajian ini bertujuan menganalisis manhaj al-Quran dalam melakar jalan menuju kemenangan bagi umat Islam. Penelitian dilakukan menggunakan pendekatan tafsir tematik (maudhu'i) dan analisis kandungan terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan tema kemenangan. Kajian ini mengenal pasti lapan asas utama yang membentuk jalan kemenangan menurut perspektif al-Quran. Pendekatan yang digunakan adalah secara kualitatif dan kepustakaan dengan menggunakan kaedah tafsir tematik bagi menganalisis ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan konsep kemenangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan menurut al-Quran bukan sekadar fenomena material atau ketenteraan, bahkan merupakan hasil daripada suatu sistem yang menyeluruh yang merangkumi keimanan yang tulus, pengorbanan jiwa dan harta, jihad sebagai manifestasi iman, persiapan kekuatan fizikal dan spiritual, kejelasan tujuan perjuangan, kesatuan dan disiplin barisan, keyakinan terhadap janji Allah Subhanahu wa Taala serta tawakal yang penuh kepada-Nya. Kajian ini menyimpulkan bahawa penghayatan prinsip- prinsip ini secara menyeluruh merupakan prasyarat utama bagi umat Islam mencapai kemenangan yang hakiki dalam pelbagai dimensi kehidupan. Hasil kajian ini juga memberi implikasi praktikal sebagai panduan dalam merangka strategi pemerkasaan ummah secara menyeluruh. 

Kata Kunci: al-Quran; kemenangan; manhaj; jihad; tawakal 

Downloads

Published

2026-06-30