Nilai Islam dan Inovasi Keusahawanan sebagai Pemangkin Kelestarian Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Wanita Muslim: Suatu Analisis Konseptual

Islamic Values and Entrepreneurial Innovation as a Catalyst for Business Sustainability Among Muslim Women Entrepreneurs: A Conceptual Analysis

Authors

  • Nurul Fazlina Mat Zin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Siti Nuroni Mohamed Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Noorhanis Amran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Rosnani Ripin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author

Keywords:

Nilai Islam, Inovasi Keusahawanan, Kelestarian Perniagaan, Usahawan Wanita Muslim, Analisis Konseptual, Islamic values, Entrepreneurial Innovation, Business Sustainability, Muslim Women Entrepreneurs, Conceptual Analysis

Abstract

This conceptual study explores the relationship between Islamic values and entrepreneurial innovation in driving business sustainability among Muslim women entrepreneurs in Malaysia, particularly within the Micro, Small, and Medium Enterprises (MSMEs) and asnaf segments. Existing conventional sustainability models are largely based on Western frameworks and often overlook the spiritual dimension, creating a gap in understanding the business dynamics of Muslim entrepreneurs. Therefore, the primary objective of this study is to construct a pioneering conceptual framework that integrates core Islamic values with entrepreneurial innovation to achieve holistic business sustainability. The methodology employs a fully qualitative conceptual approach based on a comprehensive literature and secondary document review, which is screened and synthesized using a thematic analysis approach. The synthesis reveals that Islamic values (Amanah, Ihsan, Keadilan, Tawakal, and Maslahah) act as an ethical anchor that filters and shapes entrepreneurial innovation decisions (product, process, digital, and marketing) to remain Shariah-compliant. Consequently, this value-driven innovation directly catalyzes long-term business sustainability outcomes, encompassing blessed financial performance, trust-based customer satisfaction, and resilient organizational capacity against economic uncertainties. This study contributes theoretically by bridging the gap in Islamic entrepreneurship literature and establishing a solid foundation for future quantitative empirical testing. Practically and policy-wise, entrepreneurship development agencies are recommended to integrate spiritual development components alongside modern digital skills in women's entrepreneurship training programs.

 Keywords: Islamic values; Entrepreneurial Innovation; Business Sustainability; Muslim Women Entrepreneurs; Conceptual Analysis

 --------------------------------------------------------------------------------------------------

ABSTRAK 

Kajian konseptual ini meneroka hubungan antara nilai Islam dan inovasi keusahawanan dalam memacu kelestarian perniagaan dalam kalangan usahawan wanita Muslim di Malaysia, khususnya bagi sektor Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) serta usahawan asnaf. Model kelestarian konvensional yang sedia ada sebahagian besarnya berteraskan acuan Barat dan sering mengabaikan aspek spiritual, sekali gus mewujudkan jurang dalam memahami  ekosistem perniagaan usahawan Muslim. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk membina sebuah kerangka konseptual rintis yang menyepadukan paksi nilai Islam bersama inovasi keusahawanan demi mencapai kelestarian perniagaan yang holistik. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif konseptual sepenuhnya berasaskan sorotan literatur dan dokumen sekunder, yang disaring dan disintesis menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil sintesis mendapati bahawa aspek nilai Islam (Amanah, Ihsan, Keadilan, Tawakal, dan Maslahah) bukan sekadar pegangan peribadi, malah bertindak sebagai sauh etika yang menyaring dan mencorakkan setiap keputusan inovasi keusahawanan seperti produk, proses, digital, dan pemasaran agar sentiasa patuh Syariah. Seterusnya, integrasi inovasi yang dipandu nilai murni ini menjadi pemangkin utama kepada keberhasilan kelestarian perniagaan jangka panjang, merangkumi prestasi kewangan yang berkat, kepuasan pelanggan berasaskan kepercayaan, serta pembentukan daya tahan organisasi yang cekal semasa mendepani krisis ekonomi. Kajian ini memberikan sumbangan teoritikal dengan mengisi jurang literatur keusahawanan Islam serta menyediakan asas yang kukuh untuk pengujian empirikal kuantitatif pada masa hadapan. Dari sudut praktikal dan dasar, agensi pembangunan usahawan disaran untuk tidak hanya memfokuskan bantuan kepada modul kemahiran digital semata-mata, sebaliknya wajib mengintegrasikan elemen pembangunan spiritual dalam program latihan pemerkasaan usahawan wanita.

 Kata Kunci: Nilai Islam; Inovasi Keusahawanan; Kelestarian Perniagaan; Usahawan Wanita Muslim; Analisis Konseptual

Downloads

Published

2026-06-30