Impak Dasar Geopolitik Barat Terhadap Pertembungan Mazhab Dalam Dunia Islam: Suatu Analisis Kritikal
The Impact of Western Geopolitical Policies on Sectarian Conflict in the Islamic World: A Critical Analysis
Keywords:
Geopolitik Barat, Dunia Islam, Mazhab, Sunni-Syiah, Islamofobia, Western Geopolitics, Islamic World, Sects, Sunni-Shiite, IslamophobiaAbstract
This study examines the Western agenda to weaken the political power of Islam by inciting sectarian conflict. It explores how the West has utilised sectarian issues to divert the attention of Muslims from the genuine struggle against Western hegemony, citing examples such as the Iran-Iraq War, the post-9/11 Islamophobia campaign, and the clash between Sufis and Wahhabis. Consequently, the study investigates America's role in fueling Sunni-Shi'a discord spanning from the 1979 Iranian Revolution to contemporary anti-Iran campaigns and analyses America's underlying motives: linking Iran to the threat of Shi'a sectarianism, propagating Islamophobia by cultivating "moderate Muslim" groups, and instigating conflict between Sufis and Wahhabis. The study employs a critical and thematic content analysis method, drawing upon research regarding RAND Corporation documents, statements by American diplomats and international observers, academic journals, and other sources. The findings reveal that America has consistently stoked sectarian divisions among Muslims to safeguard its geopolitical dominance. These tactics include constructing negative narratives about Iran, such as the “Shi'a Crescent”, forging a Sunni-Israeli alliance to contain Iranian influence, establishing networks of “moderate Muslims”, and exacerbating the rift between Sufis and Wahhabis. In conclusion, the study underscores the need for Muslims to remain vigilant (al-hadhar) against Western schemes that manipulate sectarianism as a tool to distract from critical issues, such as support for Palestine and opposition to Israel.
Keywords: Western Geopolitics; Islamic World; Sects; Sunni-Shiite; Islamophobia
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ABSTRAK
Kajian ini meneliti agenda Barat untuk melemahkan kuasa politik Islam dengan mencetuskan konflik mazhab. Persoalannya ialah bagaimana Barat menggunakan isu mazhab untuk mengalihkan perhatian umat Islam daripada pertentangan sebenar terhadap hegemoni Barat, antaranya Perang Iran-Iraq, kempen Islamofobia pasca-11 September dan pertembungan antara Sufi dan Wahhabi. Justeru, kajian ini meneliti peranan Amerika dalam menyemarakkan persengketaan Sunni-Syiah bermula dari Revolusi Iran 1979 hingga kempen anti-Iran kontemporari, serta menganalisis motif sebenar Amerika dalam mengaitkan Iran dengan ancaman sektarianisme Syiah, menggerakkan propaganda Islamofobia dengan menjaringkan kelompok Muslim Moderate, dan menimbulkan perbalahan antara Sufi dan Wahhabi. Kajian ini mengaplikasikan metode analisis kandungan secara kritis dan tematik, khususnya melibatkan kajian-kajian berkaitan dokumen RAND, kenyataan daripada diplomat Amerika, pemerhati antarabangsa, jurnal dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati Amerika secara konsisten menghidupkan sentimen perpecahan mazhab di kalangan umat Islam untuk memastikan dominasi geopolitiknya tidak tergugat. Taktik ini merangkumi pembinaan naratif negatif terhadap Iran, seperti ‘Bulan Sabit Syiah’, dan membina pakatan Sunni-Israel untuk menyekat pengaruh Iran, mewujudkan jaringan Muslim Moderate dan menghidupkan pertembungan Sufi dan Wahhabi. Kesimpulannya, kajian ini menggariskan keperluan umat Islam untuk berwaspada (al-hadhar) terhadap perancangan Barat dalam manipulasi mazhab yang dijadikan alat bagi mengalihkan perhatian dari isu-isu kritikal seperti sokongan kepada Palestin dan pertentangan terhadap Israel.
Kata Kunci: Geopolitik Barat; Dunia Islam; Mazhab; Sunni-Syiah; Islamofobia