Peranan Kaunseling Islam Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Mental: Satu Tinjauan Literatur

The Role of Islamic Counseling In Improving Mental Well-Being: A Literature Review

Authors

  • Normazlina Ismail @ Mat Jusoh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Nur Aina Mardhiah Che Rahim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Noor Amani Mohamed Hussin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author
  • Amrina Rasyada Kamaruzaman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Author

Keywords:

Islamic Counseling, Mental Well-Being, Spiritual Intervention, Kaunseling Islam, Kesejahteraan Mental, Intervensi Spiritual

Abstract

ABSTRACT
This article aims to examine the role of Islamic counseling in enhancing the mental well-being of Muslim communities through an analysis of recent literature. Specifically, the objectives of this study are to identify the key approaches in Islamic counseling that contribute to emotional stability and spiritual resilience, to evaluate the effectiveness of psychospiritual practices in addressing mental health issues, and to analyze the challenges associated with the implementation of Islamic counseling within contemporary social and institutional contexts. This study employs a qualitative methodology in the form of a systematic literature review, examining contemporary academic writings that discuss Islamic counseling, mental well-being, and psychospiritual interventions among Muslim communities. The analysis is conducted thematically to identify recurring patterns in counseling approaches, intervention outcomes, and implementation issues highlighted in previous studies. The findings indicate that Islamic counseling grounded in tawhid, tazkiyah al-nafs, tawakkul, and counselor–client relationships based on wisdom and empathy plays a significant role in enhancing emotional stability and spiritual well-being. The results further demonstrate that spiritual practices such as dhikr, muraqabah, and tafakkur function as effective psychospiritual interventions in reducing anxiety, stress, and depressive symptoms. In addition, Islamic counseling is found to enhance resilience, selfacceptance, and the ability of students and communities to interpret life challenges in a more positive and meaningful manner. However, the implementation of Islamic counseling continues to face several major challenges, including the lack of standardized national modules, inconsistent counselor training, societal stigma surrounding mental health issues, and limited institutional support. Therefore, this article recommends the development of evidence-based Islamic counseling modules, the provision of systematic formal training, and the integration of Islamic counseling into national mental health policies in order to strengthen the implementation of spiritual interventions in a more comprehensive and effective manner.

Artikel ini bertujuan meneliti peranan kaunseling Islam dalam meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat Muslim melalui analisis sorotan literatur terkini. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan utama kaunseling Islam yang menyumbang kepada kestabilan emosi dan ketahanan rohani, menilai keberkesanan amalan psikospiritual dalam menangani isu kesihatan mental, serta menganalisis cabaran pelaksanaan kaunseling Islam dalam konteks masyarakat dan institusi semasa. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif berbentuk sorotan literatur sistematik, dengan meneliti penulisan akademik kontemporari yang membincangkan kaunseling Islam, kesejahteraan mental dan intervensi psikospiritual dalam kalangan masyarakat Muslim. Analisis
dilakukan secara tematik bagi mengenal pasti pola pendekatan, hasil intervensi dan isu pelaksanaan yang berulang dalam kajian-kajian terdahulu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaunseling Islam yang berteraskan tauhid, tazkiyah al-nafs, tawakal serta hubungan kaunselor–klien yang berasaskan hikmah dan empati berperanan signifikan dalam meningkatkan kestabilan emosi dan kesejahteraan
rohani. Dapatan turut memperlihatkan bahawa amalan spiritual seperti zikir, muraqabah dan tafakur berfungsi sebagai intervensi psikospiritual yang berkesan dalam mengurangkan kebimbangan, tekanan dan simptom kemurungan. Selain itu, kaunseling Islam didapati mampu meningkatkan daya tahan, penerimaan diri serta membantu pelajar dan komuniti mentafsir cabaran hidup secara lebih positif dan bermakna. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kaunseling Islam masih berhadapan dengan beberapa cabaran utama, antaranya kekurangan modul standard di peringkat nasional, ketidakseragaman latihan kaunselor, stigma masyarakat terhadap isu kesihatan mental serta sokongan institusi yang terhad. Sehubungan itu, artikel ini mencadangkan pembangunan modul kaunseling Islam berasaskan bukti, penyediaan latihan formal yang sistematik, serta pengintegrasian kaunseling Islam dalam polisi kesihatan mental negara bagi memperkukuh pelaksanaan intervensi spiritual secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Downloads

Published

2025-12-23